Resepi doh asas roti:
500 gm tepung high protein
2 bj telur
85 gm shortening
100 gm gula caster
1 tsp garam
10 gm yeast
130 gm air
50 gm susu pekat
10 gm bread improver – untuk melembutkan roti kalau nak jual
10 gm bread softener - untuk melembutkan roti kalau nak jual
Cara2 nya:
Gaul rata: tepung ,gula,ibu roti bread improver, garam .
Masuk kan air yang dicampur telur. Uli.
Bila bercampur,Masukkan bread improver, shortening,susu manis dan terus uli sampai penat dan berpeluh.
Rehat kan biar double.
Dah naik double ke?
Lepas tu kita penumbuk 2 doh .
Kemudian bahagi –bahagi doh seberat 50 gram. Bulat bulatkan.
Doh ni boleh digunakan buat macam-macam:
1) Mini pizza.
Canai biar bulat. Letak dalm tin pembakar yang telah disapu marjerin. Biar dia naik dalm 20 minit.
Sapu dengan glaze. Susun apa apa saja yang ada di dapur seperti hot dog, sayur campur, bawang besar dihiris.
Kemudian pipe kan campuran sos tomato dan sos cili kat atas pizza. Lastly pipe mayonis.
Kalau dah kembang double, boleh lah dibakar api 200 C. Selepas keluar oven, sapu butter atas roti, baru berkilat.
2) Cheese pintal.
Pintal doh tadi macam tocang rambut . Biar kembang. Sapu glaze. Tabur cheese dan sedikit gula.
Bakar. Sapu butter atas roti tadi. Sama cam pizza
Resepi glaze : 1 biji telur
Resepi sos: 2 sos cili campur ngan 1 sos tomato
Daripada: Mak ITa
No comments:
Post a Comment