Saturday 3 December 2011

Kelebihan Surah Al Mulk

Kami mencari ayat ayat suci Al-Quran untuk penyakit asma. Tapi terjumpa ayat Al Mulk. Ustazah mengaji pun memang suruh baca selepas sembahyang.Boleh baca untuk kita dan juga sedekahkan pada yang telah pergi.Renung renung kan

KELEBIHAN SURAH AL-MULK


Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."


Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:


1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."


2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."


4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."


5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.


6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."



Monday 10 October 2011

Missing YOu

Saturday 8 October 2011

By Mira Hanis

Dari filem The Tangled.Tapi Rapunzel dan hero dah terjun laut.Sebab tu yang ada cuma boat and lantern

Saturday 27 August 2011

**himpunan pelbagai resepi: Kuih Tiram

**himpunan pelbagai resepi: Kuih Tiram: Kuih Tiram http://lifeprettyshort.blogspot.com/2008/02/kuih-tiram.html 500 gm tepung gandum 1 biji telur 2 sudu margerin sedikit garam 1...

NORZAILINA's PONDERINGS: Cup Cakes

NORZAILINA's PONDERINGS: Cup Cakes: Ia comel, berhias cantik dan memikat selera. Apa lagi jika bukan kek cawan atau kek mangkuk? Sejak kebelakangan ini, ia sudah me...

Saturday 25 June 2011

MARBLE CHEESE BROWNIES



Bahan-bahan Brownies :

250g butter

1 cwn serbuk koko

3 biji telur gred B

1 1/2 cwn gula castor

1/2 cwn susu cair

1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB

1 tsp baking powder

1 tsp soda bikarbonate

1 tsp esen vanilla



Cara-cara:

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.

2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.

3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.

4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.

5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.

6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.

7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.





Bahan-bahan lapisan cheese:

250g cream cheese

1 cwn gula castor

1 biji telur gred B



Cara-cara:

1. Pukul cream cheese hingga gebu.

2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.

3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.



*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Kerat tampal dari :
http://rinnchan.fotopages.com/
 
1) Kalau tak ada cheese,masak cooking choc dengan susu cair.Siram aje kat atas. Tabur choc rice

Wednesday 6 April 2011

Kes buruh bawah umur


Hari tu ada orang tanya nak pakai pembantu rumah.... Yg ni macam mana boleh..

Sunday 6 March 2011

Sunday 20 February 2011

Pembantu rumah Di perlukan

Sunday 30 January 2011

Rapala

Rapala yg boleh buat raplah pasal keli tak makan tapi dia buat kawan dlm air!!!!!