Saturday 22 August 2009

Selamat Menyambut Ramadan

Assalamualaikum, pagi ni 22/08/09 bersamaan dgn 1 ramadhan 1430, tadi bersahur nasi Beriani(sapa-sapa datang penang kira boleh rekemen la), sedap jugak tapi tah la, mungkin teringatkan mak dikampung(bersahur apa ye mak ngan abah pagi ni?), mungkin teringat masa kecik2 di bulan puasa, macam2 peristiwa pahit dan manis. Aku biasa la paling kecik bila masa pun kena buli, pergi kedai beli gula merah, beli agar2 la, beli telur katak(biji selasih), nak buat cammana. Waktu sahur, mak kena kejut yang paling besar sampai yang paling kecik. Lauk biasanya apa yg mak masak untuk berbuka je, mungkin tambah telur goreng. Walau pun lauk simple je, tapi bila dah ramai selera jugak makan sahur, hihihi tapi biasa la kalau ada yang makan sambil tidur. Bila berbuka pulak, yang puasa berbuka atas meja dan yang tak berpuasa kena hormat orang orang yang berpuasa, kena bagi orang berpuasa makan dulu. Dan biasanya kuih-muih mak yang buatkan dan sekali-sekala ada mertabak di beli kat pasar ramadhan(Itu kadang2 la). Mak ni seorang yang pandai beringat, kami adik-beradik ramai jadi kena la beringat bukan macam kita sekarang ni, nak beli apa, beli je esok kita kira lain. Aku masih teringat, kalau mak buat karipap(semestinya karipap yang terbaik pernah aku makan), mak akan kira berapa bijik yang mak buat dan bahagikan sama adil. Dan tak lupa lagi satu masakan mak, nasi sampah(nasi kerabu) memang tak pernah miss la di bulan ramadhan. Kalau nak kira bergaduh ni biasa la bila adik-beradik ramai ni, mak mana ada masa nak layan semua. Tapi macammana bergaduh teruk pun, walau sampai berparut sampai sekarang ni kami adik-beradik masih bersatu tanpa ada perasaan dendam di hati. Buat mak, abah, kakak2 dan abang2 ku, adik paling kecik dan paling comel ni ingin memohon maaf atas apa yang telah dilakukan selama ni yang menyinggung pesaraan. Kepada Mak & Abah, terima kasih kerana membesarkan kami 12 adik-beradik dengan sempurna. Sayang mak & abah. Wasalam

Thursday 13 August 2009

LIMITED EDITION

Perhatian buat warga Pakman & Co. 14/8/2009 adalah harijadi Paksu yang ke ??. Jadi sesiapa yang hendak hantar hadiah sila hantar ke alamat Lot 719, Mk 3, Kg Pelet, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia. Hadiah yang di hantar melalui SMS tidak akan dilayan, harap maklum. Hari jadi orang lain kita tak tahu, jadi kita buat tak tahu je la.......Jangan marah!!!!

Sunday 2 August 2009

Perkahwinan Su