Saturday 28 February 2009

Open for Business(Auctions only)





Cup Cake untuk tempahan. Tidak termasuk kos pos dan untuk tempahan dalam Malaysia sahaja. Orang London tengok je pasal barang makanan tak boleh hantar keluar dari Malaysia. Sebarang tempahan boleh hubungi The 9th. Apa pun raya nanti kena buat banyak2 untuk di rasa, rasa je tak bagi kenyang pun.

Tuesday 17 February 2009

Saya Diusia 1bulan(Dini Nadilah)

Macam muka siapa ye?

Sunday 15 February 2009

Friday 13 February 2009

LIMITED EDITION

Wednesday 4 February 2009

Resepi Bulan Ini " Resepi Doh Asas Roti"

Resepi doh asas roti:

500 gm tepung high protein

2 bj telur

85 gm shortening

100 gm gula caster

1 tsp garam

10 gm yeast

130 gm air

50 gm susu pekat

10 gm bread improver – untuk melembutkan roti kalau nak jual

10 gm bread softener - untuk melembutkan roti kalau nak jual

Cara2 nya:

Gaul rata: tepung ,gula,ibu roti bread improver, garam .

Masuk kan air yang dicampur telur. Uli.

Bila bercampur,Masukkan bread improver, shortening,susu manis dan terus uli sampai penat dan berpeluh.

Rehat kan biar double.

Dah naik double ke?

Lepas tu kita penumbuk 2 doh .

Kemudian bahagi –bahagi doh seberat 50 gram. Bulat bulatkan.

Doh ni boleh digunakan buat macam-macam:

1) Mini pizza.

Canai biar bulat. Letak dalm tin pembakar yang telah disapu marjerin. Biar dia naik dalm 20 minit.

Sapu dengan glaze. Susun apa apa saja yang ada di dapur seperti hot dog, sayur campur, bawang besar dihiris.

Kemudian pipe kan campuran sos tomato dan sos cili kat atas pizza. Lastly pipe mayonis.

Kalau dah kembang double, boleh lah dibakar api 200 C. Selepas keluar oven, sapu butter atas roti, baru berkilat.

2) Cheese pintal.

Pintal doh tadi macam tocang rambut . Biar kembang. Sapu glaze. Tabur cheese dan sedikit gula.

Bakar. Sapu butter atas roti tadi. Sama cam pizza

Resepi glaze : 1 biji telur

1 sudu air

2 sudu susu cair

Di kacau sedikt.

Resepi sos: 2 sos cili campur ngan 1 sos tomato

Daripada: Mak ITa


Monday 2 February 2009

Apit kahwin

Kumpulan boria anak mami yang di bawa khas dari Perak Road, Penang.
Lagu hit mereka "mari menjarum" kini tengah hit kat Mutiara FM.


Akhirnya gambar Apit di atas pelamin berjaya di post di blog ini walaupun belum mendapat kelulusan Kementerian Hal Ehwal Wanita.